Showing posts with label Fantasi. Show all posts
Showing posts with label Fantasi. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Melankoli Dalam Dunia Sendiri

perasaan ini memang selalu menghiasi dalam pemikiran dan jiwa aku. perasaan ini berlaku ketika aku menghadapi sesuatu yang perit dan sulit, rasa paranoid, yang buat jiwa aku sakit. malah memberi effect pada kesihatan aku yang sedia tak sihat ni. 

bila berseorangan dalam bilik, dah mula la dalam minda tu, tiba2 start flashback diri ni dalam dunia 'white and black'. full of sorrow, lonely, tears. bayangkan pulak diri ni duduk tepi jendela, merenung keluar sana dengan perasaan kosong. tiba2 udara jadi sejuk. of course la still in black n white mood kan. seriously wei, dah jadi satu habit pulak bila aku ditimpa problem.

*gambar hiasan only*


anyway, keperitan itu kadang-kadang akan digambarkan aku dengan cara indah. yela. aku sukakan perkara indah, sukakan kesenian. tapi disebabkan rasa sakit, rasa perit, benci, amarah itu takkan lari dari jiwa dan kehidupan manusia seperti aku, maka itulah caraku. minda yang kekosongan juga, aku cuba nyatakan pada perasaan, bahawa itu ketenangan. rasa sengsara itu diindahkan dengan cara sendiri.

(aku main taiiiip je dari tadi ni. haih.)

by the way, aku tak tahu sama ada menda ni normal atau tidak, tapi aku selalu je begini. sampai bila ek? hanya Allah saja yang tahu. semoga dalam keadaan begini, aku mampu berhubung denganNya dengan lebih kerap lagi. aku tetap tak lupa si Dia. insyaAllah




Sunday, 30 December 2012

I Love Fantasy

Hidup sebagai seorang yang membenci realiti ni memang susah. tapi kau orang tau lah kan yang aku ni seorang yg suka escape dengan cara daydreaming, berfantasi, mengelamun. sebab cara ni je yang buat aku betul2 happy. dah tu pulak, aku memang kuat berimaginasi, mende ni dah jadi habit aku. sorry la wei, aku memang noob sket. emosi aku ni yg buat aku jadi camni sebenarnya. keadaan sekeliling aku pon sedikit sebanyak mempengaruhi aku. tambah pulak aku ni jenis paranoid dengan segala mende yang ada kat dunia realiti ni. lagi la sakit nak hidup. hoho.



tapi kan, cara aku daydreaming ni, bukan yang jenis indah2 belaka. aku daydreaming ni, erm.. aku suka berangankan satu jalan cerita. banyak genre aku buat. (haha) genre comedy, melodrama, aksi, sedih, cerita2 epik fantasi yang macam Lord of the Ring pon ada aku buat. dan jugaa, dalam setiap genre tu mestila ada romantik sikit kan. kalau tak romantik, takde cinta2, tak best ar. hahaha. anyway, aku agak la kan. kalau aku ni belajar cara menulis dengan tatabahasa yang betul, pandai mengarang.. pergh~ cerita2 fantasi yang aku create dalam minda aku ni mesti dah boleh buat novel.

pemilihan watak dalam fantasi aku ni biasanya aku ambil pelakon2 yang aku berkenan. tak kira pelakon melayu ke, korea ke, jepun ke, mat salleh ke, yang penting kena dengan taste aku. dan bukan pelakon lelaki je aku guna, kalau dah siap buat jalan cerita tu, mesti la ada pelakon perempuan sekali kan. tehee.

aku mungkin pelik, tapi nak wat camane. macam yang aku cakap tadi ah, aku just nak happy. tapi mungkin jugak aku melampau dalam satu2 masa tu. sampai lupa dunia sebenar. even, sikit2, bila aku terluka, aku cepat je recover balik. sebab suka berfantasi la kan, terus lupa semua mende. tapi tula, aku tahu ni tak betul, kadang2 aku terpikir. bila la aku nak selesaikan masalah ni dengan tak cuba lari dari masalah. ni bukan cara nak selesaikan konflik dalam diri. ni makin parah. aku takut jugak, nanti kalau berlebihan berfantasi kang, ada masalah mental pulak ke hape. mintak jauh la kan. aku harap, aku dapat buat sesuatu yang baik untuk family aku. aku nak diorang hormat aku dan hargai aku. aku rasa banyak sangat kekurangan yang ada pada diri aku ni. dosa pon bertimbun2. haaaaih~. azam 2013 ni insyaAllah aku akan cuba berubah. aku tak janji, tapi aku akan cuba. sekian.

p/s: lama siot tak update, dalam dua minggu. tiba2 dah masuk tahun baru. huhu

Sunday, 16 December 2012

Music is Something.

aku sangat sukakan muzik. dalam keadaan resah atau marah, atau apa saja perasaan aku ketika itu, tapi bila dengar muzik, aku ada rasa feel yang lain. aku ni jenis yg suka berangan. daydreamer orang putih kata. bagilah apa lagu pon, apa saja muzik yg aku dengar, tak kira genre lagu rock, techno, balada, RnB, hip hop lagu omputih, korea, melayu, jepun semua la. time dengar lagu2 tu semua, time tu dalam pemikiran aku ni akan tercipta satu situasi atau pon jalan cerita atau pon sebuah muzik video untuk satu2 lagu tu. idea2 yg entah darimana datang dengan sendirinya.

biasanya kalau lagu sedih, dalam otak aku ni, aku buat satu jalan cerita tentang lagu sedih tu. misalnya lagu Mermaid oleh Yuna, lagu tu mengikut tafsiran aku, ianya tentang pengembaraan seorang budak perempuan(mungkin Yuna merujuk pada dirinya sendiri, mungkin) yang penuh ranjau duri di tempat orang ingin mengejar cita2nya di tempat orang. dan berniat untuk pulang ke tanah air sendiri, meminta dibelas kasih oleh kaumnya sendiri, di tempatnya sendiri. guess what? aku 'mensituasikan' diri sendiri dengan jalan cerita yg aku cipta sesuai dengan lirik yg dimaksudkan di dalam lagu tu. pelik kan? tapi begitulah muzik memberi impak atau sesuatu yg hebat pada aku. maklumlah, aku sukakan seni. :)

kalau lagu techno pulak, aku suka membayangkan diri aku berada di kononnya satu studio, yang di design dengan futuristic style, pakaian aku pon futuristic, stylish. konon aku yang menyanyikan lagu techno tu, tak pon kadang2 aku bayangkan aku ni deejay yang putarkan muzik tu. freak gila aku. Haha.

lagu rock plak, aku dengar lagu rock ni time2 aku nak marah atau berdendam ke nak lepas stress ke, lepas dengar mesti lega. aku selalu gak bayangkan aku jadi vocalist rock band. cis! hahhahh. sambil2 ayun kepala, pergh! gila lepas doe stress.

lagu hip hop plak, biasanya aku bayangkan aku ni hip hop dancer, well. seriously, i can dance. tapi aku tak tunjuk sangat aku ni pandai dance, mana boleh pompuan pakai tudung terhenjut-henjut2, berjoget sana sini. buat malu je. ahah. so, aku just bayangkan yang aku ni hip hop dancer bila aku dengar lagu2 hip hop ni, dalam kepala aku ni konon aku dance mengikut rentak lagu hip hop tersebut  dengan lincah sekali. aku bayangkan aku pakai pakaian ala2 hip hop masa tu. haha, gila. tapi lagu eminem dengan outlandish ni aku layan lain sikit. sebab lagu dia bukan semata2 lagu hip hop untuk dance, dia lagu yg penuh makna. ada maksud tersendiri. so, aku bayangkan situasi yg sama dengan maksud lirik dia tula. hehe

tapi kan, aku rasa lagu yang paling pelik dan buat aku lebih terawang-awangan ialah lagu2 seperti Nocturne oleh Secret Garden dan lagu2 yg sejenis dengannya. boleh cari di youtube. lagu ni buat aku bayangkan aku berada di alam lain, jauh dari dunia sebenar. alam fantasi yang benar2 fantasi, yang macam dalam The Lord of the Ring tu. yang tempat tinggal elves tu. aku bayangkan aku berada di dunia2 indah macam tula. aku biasanya dengar lagu tu time sedih2, kecewa dengan sesuatu perkara yg berlaku dalam realiti, so ini cara aku escape la kiranya. aku memang seorang yang pelik. heeee~

anyway, aku cuma nak cakap yang aku benar2 sukakan muzik. muzik ni kadang2 buat aku lupa rasa duka kat realiti ni, mungkin pahit sangat apa yang aku lalui dan rasa, jadi ini cara aku melepaskan stress atau salah satu cara aku 'keluar' dari realiti yg tak best ni ke dunia yang aku cipta sendiri. Music is really something to me. tapi walaubagaimanapun, bila aku rasa aku jauh dengan Tuhan, aku bukak lagu Supplication atau Meditation, atau lagu2 keinsafan dari Sami Yusuf atau mana2 lagu yg memberi kesedaran la kan, tak pun aku bukak mp3 al-quran, paling bagus ialah baca Al-quran tu sendiri. tu yang terbaik sebenarnya. semoga Allah mengampunkan dosa2 yg aku buat selama  ni. :(