Friday 4 January 2013

Melankoli Dalam Dunia Sendiri

perasaan ini memang selalu menghiasi dalam pemikiran dan jiwa aku. perasaan ini berlaku ketika aku menghadapi sesuatu yang perit dan sulit, rasa paranoid, yang buat jiwa aku sakit. malah memberi effect pada kesihatan aku yang sedia tak sihat ni. 

bila berseorangan dalam bilik, dah mula la dalam minda tu, tiba2 start flashback diri ni dalam dunia 'white and black'. full of sorrow, lonely, tears. bayangkan pulak diri ni duduk tepi jendela, merenung keluar sana dengan perasaan kosong. tiba2 udara jadi sejuk. of course la still in black n white mood kan. seriously wei, dah jadi satu habit pulak bila aku ditimpa problem.

*gambar hiasan only*


anyway, keperitan itu kadang-kadang akan digambarkan aku dengan cara indah. yela. aku sukakan perkara indah, sukakan kesenian. tapi disebabkan rasa sakit, rasa perit, benci, amarah itu takkan lari dari jiwa dan kehidupan manusia seperti aku, maka itulah caraku. minda yang kekosongan juga, aku cuba nyatakan pada perasaan, bahawa itu ketenangan. rasa sengsara itu diindahkan dengan cara sendiri.

(aku main taiiiip je dari tadi ni. haih.)

by the way, aku tak tahu sama ada menda ni normal atau tidak, tapi aku selalu je begini. sampai bila ek? hanya Allah saja yang tahu. semoga dalam keadaan begini, aku mampu berhubung denganNya dengan lebih kerap lagi. aku tetap tak lupa si Dia. insyaAllah




No comments:

Post a Comment