Wednesday 19 December 2012

Kawan Alam Maya

kalau nak cakap yang aku ni noob, aku tak kesah. memang aku noob pon. haha. noob sebab asyik lepak kat facebook je. nak wat macam mane, aku ramai kawan kat fesbuk je. realitinya aku tak ramai sangat kawan. duduk rumah aje. sunyi je kat umah ni. aku ni tak ramai kawan. sebab aku bukan jenis pandai brgaul dengan orang, pemalu gile la. tapi kat rumah ni aku bukan pemalu gile, aku ni gile-gile orangnya. adik-beradik aku tau la. cuma takde keyakinan diri je bila berdepan dengan orang yang baru kenal atau yg tak berapa nak kenal. tak reti nak memulakan bicara.

lagipun, kalao nak berkawan dengan anak jiran, diorang pon jarang keluar. diorang ada life masing2. dengan sepupu2, diorang pon skarang dah tak mesra dengan aku macam dulu lagi. ada selisih faham sket, tapi aku pon tak faham selisih pasal apa. bila aku tanya sepupu aku, dia jawab takde pape. takde pape la sangat, skarang pandang aku ni macam stranger je. sedih betul la. kat sekolah, bukan takde kawan. ada, tapi sikit sangat. dua tiga orang je. sekolah aku ni asrama penuh, masing2 kenal sesama sendiri sebab hidup bersama. tapi aku? aku sakit. aku terpaksa ulang-alik dari rumah ke sekolah. tak duduk asrama. so, tak rapat sangat ngan bebudak sekolah aku. kawan2 baik aku pun, semua dari kelas lain. dalam kelas, aku sorang2. buat kerja sendiri, orang lain gelak2 ngan kawan2 dia, aku jadi pendiam. sebab taktau nak cakap ngan sape. nak ajak kawan2 aku keluar lepak kat luar dari sekolah, diorang duduk asrama. time cuti plak bukan senang nak berkumpul sama2, tempat tinggal diorang jauh2.

kat rumah, aku bukan tak rapat dengan adik2 aku. tapi disebabkan terlalu rapat la, diorang dah hilang rasa hormat terhadap aku. aku ni anak sulung. tapi diorang tak hormat pon. aku taknak salahkan diorang. aku pon banyak gak buli diorang. hehe. kalaua aku nak luahkan masalah sape2, aku perlukan kawan yg boleh simpan rahsia. adik2 aku? diorang sume mulut tak boleh tahan rahsia. mesti nak cakap ibu ngan ayah aku jugak. heh~.

last2, aku berkawan kat fesbuk je. kat fesbuk pon tak ramai sangat. tapi boleh tahan la. ada jugak yang nak berkawan kan. lelaki, perempuan sume ada. walaupun orang cakap kawan2 kat alam maya ni tak boleh percaya, ya betul memang. tapi guess what? buat masa sekarang ni diorang je yang sudi berkawan dan berani tegur aku. so? nak  wat cane? haha. kawan aku yang pompuan sorang ni dari perlis. pergh! jauh gile. haha. tapi ok la, die gile2, wat lawak. kadang2 aku ajuk cara cakap utagha dia tu. aku penah gak tepon dia. saja2. tau dak, pekat gilaaa dia punya loghat. sampai2 aku suruh dia ulang apa yang dia cakap tu. haha. bila aku ada masalah, dia memang sudi dengar. aku berani nak luahkan masalah aku pada kawan alam maya ni sebab kemungkinan rahsia kita selamat tu dalam 80%. yela, kalo dia nak bocorkan rahsia pon, pada sapa? dia bukan kenal kita betul2 pon? haha. pendapat aku la kan. tapi kawan aku yang ni sorang memang aku anggap kawan baik la, tiap2 masa dia sudi kongsi rahsia ngan aku. aku pon macam tu jugak. sayang ko xxxxxx. hehe

okay, ada sorang lagi. sebenarnya aku ramai jugak kawan lelaki kat alam maya ni.(aku bukan playgirl) ada yang jenis okay, ada yang suka banyak tanya, ada yang jenis suka menggatal( yang ni aku tak layan sangat). btw, dalam ramai2 tu, ada kawan sorang ni. chinese dari sabah. dia aku percaya la, memang baik orangnya. erm, percaya dalam 70%. okay2, 80% la. haha, main peratus2 plak. dia ni aku boleh cakap pencinta setia. aku start kawan ngan dia masa aku dalam group politik yang sama, punya pandangan yang sama dalam politik ni. err, yang tu aku malas nak bagitau. hehe, mungkin korang boleh teka sendiri? hehe. mula2 borak2 pasal politik, lama2 borak pasal peribadi, n so, n so. n banyak lagi.

seriously, rasa selesa sangat berbual dengan dia. macam dah kenal lama. dia penah bagitau aku pasal girl yg dia suka.tapi girl tu tinggalkan dia sebab kejar kekasih lama. dia sedih, tapi dia tak putus asa. dia tetap sayang girl tu sampai sekarang. aku pon banyak bagitau masalah aku pada dia, and dia memang pandai bagi aku nasihat. bukan nasihat2 agama la sebab dia berlainan agama dengan aku(dia christian kalo tak silap), nasihat2 yang positif. kata2 positif gitu. mungkin sebab dia study ambil course psikologi, so pandai la bagi knasihat2 positif ni. respek gile. kalau aku ada masalah, memang aku akan pm die la. aku anggap dia sahabat. dia pon macam tu. takde perasaan lain tau. sebab aku rasa selesa je dengan dia, takdelah crush ke ape. lagipon, dia sayang giler2 girl tu. aku mana ada chance? hahah dia tetap kawan aku okay, no more no less.( aku bantai je english ni)

anyway,aku masih rasa sunyi dan noob sebab aku tak dapat nak cari kawan kat alam realiti. tengok orang lain lepak sana sini dengan kawan2, aku jeles sangat. aku nak ajak kawan2 aku keluar sama2 lepak, tapi tula. diorang duk jauh2. susah tol la. asyik kat fesbuk je. bosan. takde life. apa nak buat? aku takde confidence nak cari kawan. nak tegur orang, tambah sekarang aku dah berhenti sekolah. aku cadang nak ambil spm taun depan. tengoklah, kut2 boleh kawan baru ke. herm. insyaAllah.

okaylah, panjang gile entri kali ni. padahal bukan mende fakta penting pon. sekadar luahan hati je, haha. k bye, salam.

9 comments:

  1. hey, aku paham la prasaan kau. samala,dlm kelas aku pn sorang2 jugak,ada kawanla tpi 1 2 org ja.. lgpn klu p lepak2 mesti dgn spupu2 smua sbb aku ne teda kawan..ada kawan pn d larang kuar ole parents,so mmg lgsg teda life ah. mmg aku ne jenis y bkn sosial sgt. lagipn takut mau tegur org kan? hmm, aku paham gila perasaan kau ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bella, sama la kite. tapi aku ni sepupu pon skang tak layan, entah la pe masalah. thank u sebab paham~

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. jangan sedih , masih ada ade lagi y sudi kawan ngan awak. smile okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sedih pon. ye, masih ada yg sudi bkawan. bukan takde kawan, ade. tapi tak ramai la. I will. see ---> :) hee~

      Delete
  4. takpe la ade kawan alam maya pon..janji boleh buat ko heppy sudah..aku pon dah kurang berkawan dunia luar ni..setakat kerja je bersosial..lain hal, duk rumah tgk muka bini dengan online je..

    tapi kawan2 dari alam maya ni yang banyak paham aku rasanya..sebab diorang je selalu baca citer2 aku..aku nak citer hal aku kat kawan2 yang kat luar?mmg tak la..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ada bini ok pe. hahaha. tula, kawan alam maya ni kadang2 lagi paham. sebab kita macam boleh berterus terang la kan menerusi internet ni.

      kalau kawan2 kat luar tu, kena tunggu diorang datang kat kita and sudi dengar sndiri. bukan kite yg terhegeh2 nk pi cite hal kite kat diorang. kan.

      Delete
  5. Don't be sad my dear...When u have nobody, Allah always with u dear...Just b confident with urself tau..I dulu pun mcm tu jgk, malu2 kucing bila baru2 kenai, tp bila dh lama2 kenai, hilang la malu kucing tu, terus xtau malu..jd gila2 kan..hehe..Anyways, be positive, be confident n be yourself..May Allah bless u ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ALlah always with us. sy je yg tak mampu nak mndekati Allah scr serius. huhu T_T asyik lalai je, sbb tu jdi cmni kot. malu2 kucing? I ni malu2 rimau, so payah sket nak tegur and kenal org haha. thanks for ur advice. yup, kena positive ^^

      Delete